BESARNYA FADHILAT
BERSEDEKAH DI BULAN REJAB
___________________
DENGARLAH ZIKIR DI BAWAH
KELEBIHAN BULAN REJAB
Di antara kelebihan yang terdapat dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.
Begitu juga,
amal soleh
yang dilakukan adalah
lebih besar (pahala)
berbanding bulan-bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir, 4:130)
Rejab juga dipanggil
bulan bertanam (melaburkan amal soleh)
, berdagang (berbakti untuk diberi ganjaran daripada Allah), beristighfar (memohon ampun).
Setiap amal akan
digandakan 70 kali
oleh Allah swt.
Rasulullah saw ada berpesan bahawa ada lima malam yang mustajab doanya di mana tidak ditolak Allah swt: Malam pertama
bulan Rejab
, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha.
Malah Baginda juga menyampaikan pesannya lewat hadis yang bermaksud:
"Aku melihat pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi .
"Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab'."
AMALAN YANG DIGALAKKAN
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab adalah amalan bersifat umum seperti:
✅ Berpuasa
✅ Perbanyakkan sedekah
✅ Perbanyakkan membaca Al-Quran
✅ Perbanyakkan berzikir
✅ Perbanyakkan solat-solat sunat
✅ AMALAN PUASA
JIKA TUAN DAN PUAN TIDAK SEMPAT MELAKUKAN AMALAN2 SUNAT DI ATAS. TUAN DAN PUAN BOLEH MELAKUKAN AMALAN SIMPLE,
IAITU
BERINFAQ DAN SEDEKAH JARIAH
DI JALAN ALLAH.
Amalkan Setiap Hari Pasti Ada Ganjaran Rezeki Yang Tak Disangka

AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan.
Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak.
Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian.
Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah SEDEKAH SUBUH .
Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah.
Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan.
.
.



untuk Program INFAQ di MADRASAH AD-DINIAH
sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

